Dr Dzulkefly Ahmad
Dr Dzulkefly Ahmad

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berharap pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi penjelasan yang baik mengenai dasar baharu yang menyaksikan pemansuhan elaun kritikal ke atas kementerian itu dan 33 skim perkhidmatan awam.

Dalam ciapan di laman Twitter, beliau berkata, pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) adalah langkah penjajaran pelaksanaan pemberian oleh kerajaan.

Katanya, penjelasannya dikeluarkan oleh JPA menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bil 10 Thn 2020.

“Pemansuhan terpakai ke atas KKM & kesemua 33 skim Perkhidmatan Awam..Aduuh!” katanya yang turut memuat naik infografik pemansuhan elaun tersebut.

Image
Menyambung ciapannya, Dr Dzulkefly berkata, pegawai lantikan tetap serta kontrak yang sedang berkhidmat dan yang dilantik semula secara kontrak secara terus menerus kekal mendapat insentif tersebut.

“Harap akan ada penjelasan yang baik daripada JPA mengenai dasar baharu ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memohon kerajaan menimbangkan semula keputusan tersebut.

“Sebagai seorang ahli Parlimen, saya pohon keputusan ini diberi pertimbangan semula. Ramai anak muda yang akan mula bekerja dengan kerajaan akan terkesan dgn keputusan ini,” katanya juga di laman Twitter.

BACA: Pemansuhan elaun kritikal hanya babitkan pelantikan mulai 1 Januari 2020

1 Komen

  1. Waduhhh…hebatnya kerajaan PH nie. Sama sendiri pun tak tau hujung pangkalnya. Itu ker yg dikatakan durah terpendam…….???

    Semacam KAU ADALAH KAU, AKU ADALAH AKU.

Comments are closed.