Jawi hanya tiga muka surat, tidak akan ubah Bahasa Melayu – KPM

Kementerian Pendidikan(KPM) berkata pelaksanaan tulisan Jawi akan hanya melibatkan pembelajaran melibatkan tiga muka surat di dalam buku matapelajaran Bahasa Melayu untuk tahun empat, lima dan enam.

Menurut Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan (KPM), Dr Habibah Abdul Rahim, tiga muka surat itu tidak akan merubah pembelajaran dalam Bahasa Melayu.