Penggunaan tulisan Rumi tidak melarang penggunaan tulisan Jawi sebagai tulisan Bahasa Kebangsaan.

KUALA LUMPUR – Reaksi-reaksi parti-parti politik Cina yang mengangkat Dong Jiao Zong sebagai mangsa susulan perintah mahkamah yang mengarahkan Persidangan Pertubuhan Cina di esok, jelas menunjukkan orang-orang bukan Melayu bersatu hati dalam perkara yang menyentuh kepentingan bersama mereka.

Pendedahan Setiausaha Dong Zong, Ng Chai Heng sebab sebenar tulisan Jawi ditentang langsung tidak disentuh.

Semalam, Ng mendedahkan pihaknya bimbang pembelajaran tulisan Jawi akan menyebabkan pelajar-pelajar bukan Islam diIslamkan, kononnya kes seperti itu wujud sebelum ini.

Pemerhati politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, melihat kepada reaksi-reaksi ini jelaslah isu tulisan Jawi ini masih jauh dari tamat dan penentangan ke atas pembelajarannya akan berterusan.

“Melihat kepada reaksi-reaksi penentangan yang telah dibuat di media sosial, benarlah bahawa orang-orang bukan Melayu boleh bersatu hati dalam perkara yang menyentuh kepentingan bersama mereka tanpa mengira sama ada mereka adalah dari DAP, Gerakan atau MCA,” katanya.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Dr P. Ramasamy yang menyifatkan pembatalan mahkamah adalah tidak patut.

“Mempermainkan hak berhimpun dan hak ke atas kebebasan bersuara,” kata Ramasamy.

Manakala Ahli-Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Fong Kui Lun dan Ronnie Liu pula berkata: “Satu jalan keluar selepas pengharaman Persidangan Kajang ialah untuk kerajaan membatalkan pengenalan tulisan Jawi”.

Kata Ketua Pemuda DAP, Howard Lee, polis patut melindungi hak Dong Zong berhimpun secara aman, seperti mana penganjur Kongres Maruah Melayu dilindungi.

“Hak untuk berbeza pendapat di kalangan warga adalah tulang belakang demokrasi,”ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata: “Kerajaan boleh anjurkan Kongres Maruah Melayu, pertubuhan Cina tak boleh anjur pertemuan tertutup? Adakah Cina tak ada hak untuk berhimpun?”

Menurut Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai pula: “Mengapa polis tidak meminta perintah mahkamah untuk mengharamkan Kongres Maruah Melayu atas dasar sensitiviti kaum keselamatan? Pengharaman Persidangan Pertubuhan Cina adalah satu double standard dan bercanggah dengan kebebasan bersuara.”

Dalam pada itu, seorang penulis, Lim Hong Siang menyifatkan keputusan menghalang mesyuarat tertutup anjuran Dong Jiao Zong dikhuatiri mencetuskan rasa ketidakselesaan dalam kalangan masyarakat Cina.

“Mereka akan mempertikaikan, mengapa himpunan anti-ICERD, Kongres Maruah Melayu diberi lampu hijau, tetapi hak berhimpun mereka dinafikan? Sentimen sedemikian akan memburukkan hubungan antara kaum. Persepsi bahawa kaum Cina ditindas semakin menebal, dan kerajaan akan dianggap tidak adil ketika mengendalikan pertikaian sedemikian,” katanya.

Kamarul kemudian meninggalkan persoalan kenapa sesetengah orang Melayu ragu-ragu untuk bersatu hati dalam perkara yang menyentuh kepentingan bersama mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Kepada semua rakyat Malaysia Tulisan Jawi adalah hak mutlak orang Melayu sabagaimana Tulisan CINA dan Tamil.Sabelum bangsa lain datang ke Gugusan Kepulauan Melayu jawi adalah bahasa yg ditulis olih raja-raja dan pembesar negara yg berada dlm gugusan kepulauan Melayu. Tak logik langsung kamu keum cina dan India mau tidak setuju tulisan jawi dikembalikan pada penduduk asal gugusan kepulauan melayu ia itu orang Melayu. Ingatlah orang Melayu termasuk raja-raja melayu banyak bekorban demi untuk membolihkan kaum pendatang tinggal dinegara ini dan sanggup memberi kerakyatan pada kaum pendatang dan satelah kita hidup aman damai ada pula kalangan dari kamu menjadi lebih dan menganggap bahawa kamu sekarang memiliki negara ini.Raja-raja dan YDAgong adalah Tuan kepada negara ini bukannya ahli politik. Ahli politik pun tertakluk dibawah naungan Agony yg mana Agong adalah Raja berpelembagaan dan Agunglah yg membuka Parliment untuk membebaskan undang-undang.Jangan jadi saperti Kadok naik junjung.Infatuation jangan pandai-pandai Nak ubah perlembagaan Malaysia.Nantucket kalau kamu berani menginjak kedaulatan negara ini dan orang Melayu bangun bersatu kamu semua akan susah kawan.Hidup mesti bertolak ansur saperti nenek moyang orang Melayu buat baru aman Negara ini.Cari jalan betulkan negara ini naikkan ekonomi dan buat pekara yg tak sakiti mana-mana kaum.

  2. Kenapa Melayu tidak boleh bersatu kerana sebabnya melayu itu suka dengki mengdengki, mudah kena tipu, suka berebut harta dan pangkat walaupun tidak sebesar mana pun. Itu lah perangai orang melayu bergaduh-bergaduh, bukan untuk mencari titik persamaan tetapi yang dicari titik perselisihan. Merdeka baru 60 tahun, tetapi dijajah sudah beratus-ratus tahun.

Comments are closed.