KUALA LUMPUR – Polis telah mendapat perintah mahkamah tidak membenarkan Dong Jiao Zong menganjurkan persidangan membantah tulisan Jawi yang dijadual pukul 1 petang esok atas alasan menganggu kententeraman.
Dong Zong dan Jiao Zong dalam kenyataannya memberitahu, pihaknya telah menerima perintah mahkamah itu daripada polis pad pukul 5.10 petang tadi.
![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2019/12/dong-723x1024.jpg)
“Maka pihak Dong Jiao Zong terpaksa membatalkan persidangan tersebut,” kata kenyataan itu.
Sementara itu Ketua Pols Kajang, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof menyeru semua pihak agar menghormati undang-undang dan perintah mahkamah ini.
“Polis akan ambil tindakan tegas sekiranya ada pihak yang enggan mematuhinya,” katanya dalam kenyataan. – MalaysiaGazette
Bgus, Alhamdullilah…takbir..