Zlatan Ibrahimovic

MILAN – AC Milan mengesahkan bekas penyerang pasukan itu, Zlatan Ibrahimovic telah kembali menyertai pasukan itu dengan perpindahan secara percuma.

Ibrahimovic telah pun menandatangani kontrak selama enam bulan sehingga penghujung musim ini dan pilihan untuk lanjutan selama setahun.

Perpindahan itu tertakluk kepada pemeriksaaan perubatan yang akan dilakukan pada 2 Januari ini.

Bekas penyerang Manchester United itu telah menjadi ejen bebas sejak meninggalkan LA Galaxy sejurus sahaja musim Major League Soccer (MLS).

Milan kini menduduki tangga ke-11 dalam saingan Serie A dan hanya menjaringkan 16 gol dalam 17 perlawanan liga.

Pihak pengurusan kelab telah memecat jurulatih Marco Giampaolo pada Oktober lalu hanya selepas empat bulan memegang jawatan tersebut dan digantikan dengan Stefano Pioli.

Ibrahimovic sebelum ini pernah menyarung jersi AC Milan selama dua musim pada 2010 dan menjaringkan 56 gol dari 85 perlawanan dalam semua pertandingan.

Bekas penyerang antarabansa Sweden itu membantu skuad Rossoneri menjulang kejuaraan Serie A pada musim 2010/2011 dam kemudian menyertai Paris Saint-Germain pada 2012.

Rundingan dengan Milan telah bermula sejak beberapa minggu lalu dengan kedua-dua pihak berusaha untuk memastikan permintaan gaji Ibrahimovic menetapi peraturan kewangan FIFA. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast