Annuar Musa bersama Sin Woon dalam satu pertemuan biasa di pejabat beliau di ibu negara baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Muafakat Nasional yang terdiri daripada Pas-UMNO dijangka akan duduk bersama MCA membincangkan beberapa isu berbangkit.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa memberi bayangan itu dalam akaun Twitter beliau baru-baru ini.

Beliau berharap dapat menganjurkan perjumpaan antara tiga parti politik itu pada bulan depan.

Annuar turut berkongsi pertemuannya dengan Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon dengan berkata: “Baru mendarat dari Kota Bharu dan terus ke pejabat UMNO (PWTC) untuk menerima lawatan tidak rasmi Datuk SU Agong MCA (Sin Woon).

“Kami telah mengadakan sesi perbincangan yang sangat baik dan positif dalam pelbagai isu semasa negara.

“Kami harap untuk menganjurkan satu pertemuan antara MN (Muafakat Nasional) dan MCA bulan depan (Januari 2020),” kata beliau dalam ciapan Twitter tersebut.

Ahli Parlimen Ketereh itu juga memuat naik dua keping gambar beliau bersama Sin Woon.

Sebeum ini, Presiden MIC, Tan Sri S.A.Vikneswaran menyatakan bahawa parti komponen BN itu sedang mempertimbangkan peluang untuk bekerjasama dengan Muafakat Nasional. -MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Kita kena faham siapa DAP, MCA dan GETALAN serta siapa DONG ZHONG ?
    Ketiga riga PARTI ini adalaj wakil DONG ZHONG didalam KERAKAAN mau pun PEMBANGKANG.
    KALO Pembangkang cata nye KASAR seperti DAP semasa jado Pembangkang.
    Kalo dlm Kerajaan secara lembut( give and take) seperti GETAKAN dan MCA sewaktu kerajaan BN.
    YANF PENRIN MENCAPAI MATALAMAT .

Comments are closed.