Bangunan Dong Jiao Zong dikawal rapi pada Sabtu, 28 Disember 2019 bagi memastikan tiada pihak bertindak mencetuskan ketidaktenteraman berikutan pembatalan persidangan membantah tulisan jawi.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) memandang serius tindakan kerajaan menafikan hak Dong Jiao Zong untuk berhimpun dan bersuara dengan membatalkan persidangan mereka melalui injunksi mahkamah.

Dalam satu kenyataan malam ini, Suhakam berkata, hak kebebasan berhimpun dan kebebasan bersuara dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, tindakan pihak berkuasa yang tunduk kepada mereka yang mencetuskan keganasan dibimbangi boleh menyebabkan pencabulan hak asasi rakyat Malaysia. 

Suhakam juga, menurut kenyataan itu, percaya persidangan Dong Zong termasuk tunjuk perasaan oleh penentang-penentang Dong Zong seharusnya dibenarkan untuk diteruskan.

Baca: Persidangan bantah Jawi batal, polis dapat perintah mahkamah

“Pihak berkuasa perlu memastikan kedua-dua kumpulan dapat menjalankan sepenuhnya aktiviti mereka dengan selamat bagi memenuhi hak kebebasan berhimpun dan bersuara yang amat penting bagi merealisasikan sebuah demokrasi yang bebas dan terbuka,” kata kenyataan itu lagi.

Selain itu, Suhakam turut melahirkan rasa bimbang dengan ancaman keganasan terhadap lembaga pengelola sekolah-sekolah Cina itu dan berharap pihak polis melakukan siasatan sepenuhnya.

“Suhakam turut berharap agar pihak polis akan membuat siasatan sepenuhnya terhadap ancaman keganasan kerana ia boleh menjurus kepada tercetusnya kebencian, rusuhan serta mengancam kedaulatan undang-undang di negara ini,” kata kenyataan itu lagi. 

Jumaat lalu, pihak polis memperoleh injunksi dari mahkamah mengarahkan  Dong Jiao Zong membatalkan persidangan membantah tulisan jawi yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu, 28 Disember.

Arahan pembatalan itu ekoran  kebimbangan pihak polis akan berlakunya keadaan yang mengganggu ketenteraman awam.

Ini berikutan terdapat pertubuhan bukan kerajaan yang turut mahu berhimpun di hadapan Kolej New Era di Kajang bagi membantah persidangan tersebut.

Baca: AGRA anjur perhimpunan esok bantah persidangan Dong Zong – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

  1. SUHAKAM ni memang suka sangat melihat Negara huru hara . Bukan SUHAKAM pun yang membaiki Negara bila dah hancur. Badan yang tak berguna SUHAKAM tu.

  2. Aku harap haram kn suhakam ni yg tak blh pakai ni..suhakam kpla bpak ko…suhakam ke suhamhuruharakn ngra..bodoh punya suhakam..sbuah ngra islam tak plukan suhakam, sbb suhakam sudah bercanggah dhm ajaran islam, suham plu di bubarkan di mlysia…suhakam blh mgangugugatkan keamanan ngra…suhakam berideologikan barak kafir..

  3. Tak pernah dalam satu Negara, badan Suhakam mempelopori huru hara.
    Yang kurang ajar Dong Jiao Zong yang terbukti rasis tidak disebut langsung
    Yang membantah DJZ yang kurang ajar pula Di tegur balik2.
    Disuruh lagi DJZ bersidang dan yang membangkang berhimpun melepaskan kemarahan. Api Di siram dengan minyak. Bodoh punya SUHAKAM.

Comments are closed.