Stephen keliru antara MyKAS dengan PSS.

KUALA LUMPUR – Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (MyKAS) hanya dikeluarkan kepada individu yang lahir di Malaysia, tetapi taraf kewarganegaraannya tidak dapat ditentukan.

Menurut kenyataan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kad MyKAS yang berwarna hijau itu dikeluarkan mengikut Peraturan 5(3)(c), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan telah mula dikeluarkan pada tahun 1990.

Sehubungan itu, JPN menafikan pendedahan seorang netizen yang menggunakan akaun Facebook, James Stephen bahawa gambar yang diviralkan itu adalah MyKAS, bukan Pas Sementara Sabah (PSS) sebagaimana didakwanya.

“JPN merujuk kepada satu posting di media sosial melalui akaun Facebook bernama James Stephen pada 21 Disember 2019 yang memaparkan kad MyKAS yang didakwa sebagai PSS.

“Kita ingin menjelaskan, gambar yang dipaparkan itu bukan PSS seperti yang didakwa oleh pemilik akaun Facebook tersebut,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Stephen dalam posting itu menyatakan, “Belum habis tahun… keluar sudah out kad PSS”, sambal memaparkan gambar berupa kad pengenalan yang berwarna hijau.

Menurut kenyataan itu, MyKAS merupakan dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan kepada individu yang lahir di Malaysia, tetapi taraf kewarganegaraan mereka tidak dapat ditentukan.

Katanya, pemegang kad itu adalah bertaraf bukan warganegara dan pemohon perlu memperbaharui kad pengenalan tersebut untuk tempoh setiap lima tahun.

Bagaimanapun, MyKAS hanya dikeluarkan kepada individu yang memenuhi syarat permohonan ditetapkan JPN.

“Pemegang MyKAS juga tidak mempunyai hak dan keistimewaan yang sama seperti individu berstatus warganegara,” kata kenyataan itu.

Untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh hadir ke mana-mana pejabat JPN atau melayari laman web rasmi JPN di www.jpn.gov.my atau menghubungi Unit Komunikasi Korporat, JPN di talian 03-8880 7077, 03-8880 7067 atau emel ke [email protected]. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Kami org bumiputra SABAH tidak mahu tahu apa..yang kami mahu PTI semua di hantar pulang ke negara asal mereka…jangan jadikan alasan sebagai saudara seagama islam di gunakan untuk memberi apa jua dukomen kepada PTI..dan jangan guna kan alasan satu bangsa di gunakan untuk memberikan PTI dukomen berkenaan.saya juga orang islam tapi sy tidak menyokong pemberian dukomen warganegara Malaysia kpd PTI kerana sebab saudara seagama…sebagai saudara seagama mereka hanya patut di beri perlindungan tapi bukan kewarganegaraan.

  2. JPN PERLU TUKAR MYKAD ANTARA KAUM PRIBUMI DAN PENDATANG TIDAK DISAMA KAN WARNA.LAGI SATU AMARAN KERAS JGN SESEKALI YG MYKAD MERAH DI TUKAR KEPADA BIRU WALAUPUN DUDUK BERATUS TAHUN PUN MEREKA.PENDATANG YG MAHU TINGGAL DI NEGARA INI HANYA MYKAD MERAH DI BENARKAN SAMPAI DIA MAMPUS.JIKA DI BERI MYKAD SAMA SEPERTI PRIBUMI MEREKA LUPA DARATAN DAN MENGAGAP MEREKA JUGA PENDUDUK ASAL.JIKA MEREKA MEMBUAT KEKACAUAN DI NEGARA INI LUCUTKAN KERAKYATAN NYA KERANA DIA HANYA MYKAD MERAH.JGN SAMAKAN WARNA MYKAD DGN PENDUDUK ASAL BUMIPUTRA.JPN DI BERI AMANAH JGN SEWENANG2 MEMBERI KERAKYATAN.JIKA TIDAK JPN DAN JIM BERTANGUNGJAWAB MEMBENARKAN WARGA ASING PENUH DI MALAYSIA DAN BERLAKU KEROSAKAN DAN KEMUNGKARAN.JANGAN JADI PENGKIANAT BANGSA AGAMA DAN TANAH AIR DEMI WANG HARTA DAN PANGKAT.JAWAB DI DEPAN ALLAH NANTI DUNIA HANYA PINJAMAN AKHIRAT JUA KEKAL ABADI PILIH YG MANA ANDA MAHU.ASSALAMUALAIKUM UNTUK JABATAN PENDAFTARAN NEGARA.BEROTAK BERILMU BERJUANG BERBAKTI BERWIBAWA BERSAHAJA BERSEDERHANA

  3. DI MINTA PIHAK SPRM SIASAT KE AKAR UMBI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA APA KAH BELAKU KECURANGAN MENJUAL MYKAD KEPADA WARGA ASING DI JADI KAN BUSSINES MENGAUT KEUNTUNGAN DENGAN MELAKUKAN PENJUALAN MYKAD DI LIHAT SABAN HARI ISU MYKAD BELUM JUMPA JALAN PULANG SESAT DI TGH HUTAN YG PENUH TIPU MUSLIHAT.KEPADA JABATAN IMIGSEN ISU WARGA ASING BELUM JUMPA TITIK PENAMAT?MALAYSIA DI BANJIRI WARGA ASING BAGAIKAN CENDAWAN TUMBUH SELEPAS DAN BERANAK PINAK BAKA BENIH TUMBUH BERCAMBAH JIKA SUDAH TAK MAMPU UNTUK MEMBENDUNG GEJALA INI IBARAT HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU.

Comments are closed.