KUALA LUMPUR – Jika semalam Datuk A. Kadir Jasin mengkritik paparan wajah menteri pada papan iklan, hari ini beliau membuat teguran lagi.
Tetapi kali ini nada Penasihat Komunikasi dan Media kepada Perdana Menteri itu menjurus kepada nasihat Tahun Baharu.
“Daripada sudut ekonomi, 2020 diramalkan amat mencabar.
“Jadi kurangkan politik dan banyakkan kerja,” tulisnya ringkas di laman Facebook beliau.
Teguran Kadir itu berbeza dengan pandangan segelintir pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang masih lagi positif dalam membuat andaian keadaan ekonomi ketika ini sudah berada pada tahap baik berbanding sebelum ini.
Semalam, tokoh wartawan itu memuatnaik beberapa gambar papan iklan termasuk kempen membaca yang memaparkan wajah Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun.
Katanya, adalah lebih baik seandainya inisiatif serta agenda kerajaan dipaparkan di papan-papan iklan gergasi berbanding wajah-wajah menteri. – MalaysiaGazette
Pesan saya kepada Tok Aki Kadir Yasin agar kurangkan merapu….tumpukan kerja utk membantu YABPM.