Papan iklan yang dimuat naik dalam hantaran terbaharu Datuk A Kadir Jasin di laman Facebook.

KUALA LUMPUR – Adalah lebih baik seandainya inisiatif serta agenda kerajaan dipaparkan di papan-papan iklan gergasi daripada wajah-wajah menteri, kata Datuk A. Kadir Jasin yang merupakan Penasihat Komunikasi dan Media kepada Perdana Menteri.

Dalam hantaran terbaharu di laman Facebooknya, tokoh wartawan itu memuatnaik beberapa papan iklan termasuk kempen membaca yang memaparkan wajah Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, datuk Seri Rina Harun.

A. Kadir Jasin

“Adalah lebih baik untuk menonjolkan mereka yang mengambil bahagian dalam agenda kerajaan daripada menteri yang bergaya di hadapan jurugambar,” katanya.

Beliau meneruskan catatan dengan menekankan bahawa kerajaan adalah mengenai rakyat dan bukannya berkaitan menteri-menteri menteri yang membina personaliti atau pegawai kerajaan yang mengambil keuntungan daripada kedua-dua pihak.

“Kerajaan patut mempromosikan egalitarianisme, kemanusiaan dan rendah diri berbanding birokrasi dan feudalisme,” katanya.  – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. KADIR…… kau bukan menteri. Kau hanya duduk dibawah PM jer. Kau tak tau pun apa perasaan menteri bila dah jadi menteri.

    Mereka pun sama ingin jadi popular sebagaimana menteri2 BN dulu.

    Betul tak?….

Comments are closed.