Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) percaya legasi yang ditinggalkan Dr. Maszlee Malik dikenang walaupun hanya 20 bulan menjadi Menteri Pendidikan.

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan merakamkan penghargaan kepada Ahli Parlimen Simpang Renggam itu atas perkhidmatannya kepada negara.

“Tanggungjawab besar sebagai Menteri Pendidikan adalah suatu amanah yang amat mencabar untuk sesiapa jua yang memegangnya. Saya yakin legasi beliau selama 20 bulan sebagai Menteri Pendidikan tidak akan dilupakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pihaknya turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Maszlee.

Pihaknya berharap Maszlee akan terus menyokong usaha PTPTN menggalakkan penabungan dalam kalangan masyarakat sebagaimana yang beliau usahakan sebelum ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast