TERKINI : Saya Dilihat Timbulkan Banyak Krisis “Ini Bukan Pengakhiran” – Maszlee Malik

PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang akan melepas jawatannya esok mengakui dirinya dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan kerajaan terutama melibatkan isu Jawi, internet sekolah dan isu sarapan percuma.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu bagaimanapun berkata, beliau percaya telah meletakkan asas dan hala tuju yang jelas untuk dituruti warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Jelas beliau, ia terhimpun dan tersemat kemas dalam tiga kalimah keramat iaitu Pendidikan Untuk Semua. “Saya percaya keputusan ini bukanlah pengakhiran, sebaliknya sebuah permulaan yang baharu.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast