Ayatollah Ali Khamenei. foto Agensi

ANKARA – Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei pada Jumaat berikrar akan membalas dendam di atas kematian Qasem Solaimani, komander tentera elit Kor Pengawal Revolusi Iran yang terbunuh dalam serangan dron oleh Amerika Syarikat di Iraq, lapor agensi berita Turki Anadolu.

“Dendam kesumat menanti penjenayah terbabit,” menurut Ayatollah Ali Khamenei dalam satu kenyataan.

“Kematian beliau tidak akan menghentikan segala usahanya, jalan yang telah dirintis beliau tidak akan disekat,” katanya.

Pemimpin agung itu juga mengisytiharkan perkabungan selama tiga hari di seluruh negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast