Adel Abdul Mahdi

BAGHDAD – Perdana Menteri Iraq, Adel Abdul Mahdi mengutuk serangan udara Amerika Syarikat (AS) yang membunuh Jeneral Iran, Qasem Soleimani dan komander Iraq, Abu Mahdi al-Muhandis yang disifatnya sebagai “tindakan pencerobohan terhadap Iraq” yang akan “menyalakan api peperangan.”

Mahdi, yang mempunyai hubungan erat dengan Iran berkata, serangan itu juga merupakan “pelanggaran kedaulatan besar-besaran” terhadap negaranya.

Serentak itu, beliau telah mengadakan sesi parlimen kecemasan untuk “mengambil langkah perundangan yang sesuai dengan cara yang memelihara maruah, keamanan dan kedaulatan Iraq.”

Pembunuhan Soleimani dapat dijadikan alasan kehadiran AS di Iraq tidak dapat dipertahankan lagi.

Ini kerana, sama ada tentera AS. dan anggota kakitangannya lain boleh disasarkan oleh Iran dan proksinya, sekali gus mengancam hubungan antara Washington dan Baghdad. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast