JPN Selangor Ministry of Education (MOE) teacher rape jokes SMK Puncak Alam Ain
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- YTL Communications Sdn. Bhd. mendakwa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melantik tiga penyedia perkhidmatan internet untuk sekolah sedangkan syarikat itu menawarkan perkhidmatan tersebut secara percuma.

Dalam satu kenyataannya, YTL Comunications berkata, KPM pernah meminta perkhidmatan internet percuma untuk 10,000 sekolah bagi operasi Pelantar Persekitaran Maya (VLE) susulan tender yang masih belum dimuktamadkan pada 1 Januari 2020.

“KPM meminta kami menyediakan perkhidmatan internet percuma bagi tempoh interim bermula 1 Julai sehingga hujung tahun kerana kerajaan ‘tidak mempunyai peruntukan’ untuk membayar perkhidmatan tersebut,” katanya.

Tambah YTL Communications, perkara tersebut dibincangkan dalam satu mesyuarat mengenai fasa 3 projek 1BestariNet di antara KPM, Telekom Malaysia, Celcom Axiata, Maxis dan beberapa penyedia perkhidmatan lain pada 23 April 2019.

Tambahnya, syarikat tersebut juga telah menulis sepucuk surat susulan kepada Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik pada 31 Mei 2019 bagi menyatakan komitmen mereka untuk menyediakan perkhidmatan internet percuma bagi tempoh enam bulan.

Disebabkan itu jelasnya, mereka sangat terkejut apabila mendengar pengumuman KPM pada 27 Jun yang menganugerahkan perkhidmatan interim tersebut kepada Telekom Malaysia, Celcom Axiata dan Maxis.

“Kementerian tidak memasukkan sekali YTL Communications dan mengkhianati kenyataannya sendiri mengenai tender terbuka dan bersetuju untuk membayar perkhidmatan internet kepada tiga syarikat tersebut sedangkan kami menawarkannya secara percuma,” katanya lagi.

Dalam kenyataan bertarikh 27 Jun, KPM tidak menyatakan sebarang alasan mengapa tawaran YTL Communications ditolak.

Menurut syarikat berkenaan, mereka telah melabur lebih RM4 bilion bagi projek berkenaan dan tidak salah untuk mereka mengharapkan diberi pelanjutan kontrak.

“Kami melihat tindakan KPM sebagai melanggar kontrak.

“Tindakan mereka sangat mengecewakan terutama jika dilihat dari apa yang telah dimaklumkan kepada kami dan apa yang sebenarnya dilakukan mereka,” katanya lagi.

YTL Communications turut dianugerahkan projek membangunan sistem Frog VLE yang mana dakwa syarikat berkenaan telah berjaya menyepadukan sistem pengajaran di sekolah-sekolah terlibat secara meluas.

Sekarang, KPM telah menukar Frog VLE dengan Google Classrooms dan ini boleh menyebabkan gangguan kerana kandungan pengajaran selama bertahun-tahun telah dibina menggunakan sistem tersebut, kata syarikat berkenaan.

Tambahnya, selepas Fasa 1, 2 dan 3 selesai, penggunaan sepenuhnya alat pengajaran dan pembelajaran digital dalam kelas boleh dilaksanakan menjelang Januari 2020.

“Menukar platform menyebabkan ia perlu dimulakan sekali lagi dan menyebabkan sistem pendidikan tertinggal jauh ke belakang,” tegasnya.

Namun begitu menurut YTL Communications, sistem Frog VLE masih tersedia kepada guru-guru bagi mengelakkan gangguan.

Pada 2016, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara mengusulkan supaya kontrak YTL Communications ditamatkan dengan alasan pelaksanaan fasa pertama projek tersebut sangat teruk. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Satiap pekara terjadi mungkin ada sesuatu yg tidak bersesuaian dengan perancangan kementerian pelajaran.Dan Dr.Mazlee bukan membuat sasuatu pekara tanpa rujukan daripada meeting yg dibuat dan satiap meeting pasti ada cadangan yg dibuat untuk pembaikan satiap program dan besar kemungkinan TM @ Talikom Malaysia mempunyai model yg lebih baik dari YTL dan pehak YTL sepatutnya menulis Surat untuk menyatakan apa kekalahan system nya berbanding Telekom dgn system cadangannya.Jika YTL berhemah pekara yg dibangkitkan bolih diselesaikan tanpa prasangka jahat kepada KPM .YTL tidak patut menyalahkan KPM tentang pembatalan kontrek tapi YTL patut meminta penerangan dari KPM tentang keistimewaan system Telekom dan YTL.Bagi KPM mesti telah mengkaji kebaikan dan keburukan satiap system sekarang dan dikemudian hari dan ini melibatkan duit pembayar cukai.Issue ini sepatutnya ditangani YTL tanpa ada sikap Bias atau mengugut untuk kepentingan Suatikatnya tapi ini adalah untuk Negara.Rakyat sokong YB Dr.Maslee dlm soal ini kerana tidak Bias dalam mengankat system pembelajaran Negara.Syabas dan Taniah kerana mempertahankan kepentingan demi meningkat kan system pembelajaran Negara dan tidak mengikut telunjuk mana-mana company yg berkepetingan dalam membolot kontrek yg tidak sesuai dengan kehendak KPM untuk anak perbagai bangsa dinegara ini.Laguna pun Telekom Malaysia adalah syarikat ulong dlm hal Internet dan berpengalaman luas kerana telah bagitu lama terlibat dengan system Telekominikasi dinegara ini dan bukannya diberi pada orang luar.Sokongan pada Dr.Mazlee akan bertambah dan kita tunggu dan lihat PRU15 nanti.Wallahuaklam.

  2. YTL sibuk complain. Dah la bagi sub-standard Internet dengan kelajuan shared 4MBs untuk setiap sekolah kecuali sekolah2 besar yang senantiasa dilawati oleh Menteri.
    Mau juga berbangga dgn Frog VLE sistem yg terbukti kurang canggih dan tidak berdaya saying.
    KPM telah Berkali2 me minta YTL upgrade tetapi mereka semua pekak lagi bisu. Semua sekolah Di Sarawak dan byk sekolah luar Bandar Di Sabah tidak Di sediakan perkhidmatan Internet dgn alasan susah payah jauh dipedalaman semasa tempoh kontrak yg ditetapkan, lagi mau bising.
    Dengan coverage Internet bukan Di Lokasi Bilik computer untuk banyak sekolah sebab kedekut dan tamak untuk melaksanakan tanggungjawab Sebagai pemberi perkhidmatan. Lagi mau gebang.
    Pasang menara dalam kawasan sekolah lepas tu pasang peralatan YES dan Pura2 lupa bayar duit elektrik. Punya lah Yahudi….
    Memang Patut YTL tidak diberi tempat untuk menjadi penyedia Internet sekolah2.

Comments are closed.