Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbual bersama Dr. Maszlee Malik di lobi Parlimen Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 16 JULAI 2019

KUALA LUMPUR – Sebuah portal berita hari ini mendedahkan sepucuk surat dari Tun Dr Mahathir Mohamad kepada bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menasihatkan beliau supaya berundur dari Kabinet.

The Malaysian Insight (TMI) melaporkan, surat 17 perenggan itu ditulis sendiri oleh perdana menteri dan dihantar kepada pejabat Maszlee di Parlimen Simpang Renggam pada 27 Disember lalu.

Ketika itu Maszlee dikatakan sedang bercuti bersama keluarga di AS.

Menurut TMI, isi kandungan surat berkenaan menyatakan bahawa Dr Maszlee gagal mengikut nasihat dan beberapa kali melanggar keputusan Kabinet.

“Selain itu, Maszlee juga turut menentang cadangan memisahkan portfolio Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi,” kata TMI dalam laporannya hari ini.

TMI turut mendakwa kandungan surat itu diakhiri dengan arahan Dr Mahathir meminta Dr Maszlee ‘menarik diri daripada jawatankuasa Kabinet’.

Baca: Maszlee lepas jawatan Menteri Pendidikan

Semalam Maszlee ketika berucap di Simpang Renggam berkata, beliau bukannya dipecat atau meletakkan jawatan sebaliknya keputusannya pada 2 Januari lalu adalah berkaitan perkara administratif dan beliau akur dengan arahan perdana menteri.

Baca: Maszlee sifatkan keputusan ‘pulang’ jawatan ada hikmah

Sebelum itu, Maszlee dalam sidang media ketika mengumumkan peletakan jawatannya berkata, beliau sering dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan termasuk dalam isu melibatkan Jawi, internet sekolah dan isu sarapan percuma. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan

Saya dilihat timbulkan banyak krisis – Maszlee

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast