Pengarah Eksekutif Kelab Kapal Layar Diraja Langkawi (RLYC), Azlan Abdullah bercakap pada sidang media sempena Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi ke 18 di Royal Langkawi Yacht Club, Langkawi. foto AFFAN FAUZI, 06 JANUARI 2020

LANGKAWI – Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) Belt & Road yang bakal membuka tirainya esok dengan ramalan tiupan angin kuat di sekitar perairan Langkawi sepanjang minggu ini.

Pengarah Eksekutif Kelab Kapal Layar Diraja Langkawi (RLYC), Azlan Abdullah berkata, fenomena cuaca itu dapat dilihat bermula minggu.

Beliau berkata, tiupan angin kuat itu amat diperlukan bagi membolehkan perlumbaan akan berlangsung dengan lancar kerana perlumbaan boleh dibatalkan jika angin lemah.

Permandangan senja di Royal Langkawi Yacht Club yang akan menjadi lokasi Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) Ke-18 di Royal Langkawi Yacht Club, Langkawi. foto AFFAN FAUZI, 06 JANUARI 2020.

“Ramalan cuaca menunjukkan tiupan angin akan ada banyak dan kuat dan kita memang memerlukan angin itu untuk melayarkan bot kerana lebih banyak angin lebih bagus.

“Dalam minggu ini, perairan di sini mengalami tiupan angin kuat dan Insya-Allah ramalan kaji cuaca mengatakan fenomena itu akan berterusan pada perlumbaan kali ini,” katanya pada sidang media RLIR di sini hari ini.

Sementara itu, sebanyak 29 bot dari seluruh dunia bakal menghangatkan perairan Langkawi bagi Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) Belt & Road yang bermula esok hingga 11 Januari ini.

Regatta yang dianjurkan RLYC itu berjaya menarik penyertaan pasukan dari 14 negara antaranya dari Malaysia, Australia, Denmark, Austria, Jepun, Great Britain, Russia dan Singapura.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast