Adel Abdul Mahdi
Adel Abdul Mahdi

BAGHDAD – Parlimen Iraq menggesa tentera Amerika Syarikat dan negara lain keluar dari negara tersebut, di tengah-tengah tindak balas yang semakin meningkat terhadap pembunuhan komander tentera Iran yang menimbulkan kebimbangan terhadap konflik Timur Tengah yang lebih luas.

Resolusi itu yang diluluskan dibuat kerana ia mencerminkan ketakutan rakyat Iraq bahawa serangan yang dilakukan oleh AS akan menyebabkan Baghdad terlibat dalam peperangan antara dua kuasa itu.

“Kerajaan Iraq mesti berusaha untuk mengakhiri kehadiran mana-mana tentera asing di tanah Iraq dan melarang mereka menggunakan tanah, ruang udara atau air untuk sebarang sebab,” kata resolusi itu.

Walaupun resolusi seperti itu tidak mengikat kerajaan namun ia adalah satu amanah, selepas Perdana Menteri Adel Abdul Mahdi memanggil sidang Parlimen untuk meminta tentera asing keluar dari negaranya.

Amerika Syarikat berkata, ia kecewa dengan keputusan tersebut.

Dalam perang kata-kata antara Iran dan Amerika Syarikat, Setiausaha Negara AS. Mike Pompeo berkata, Washington akan mensasarkan mana-mana pembuat keputusan Iran yang dipilih jika terdapat serangan lanjut ke atas kepentingan Washington oleh tentera Iran atau sekutu mereka.

Qassem Soleimani dibunuh pada hari Jumaat lalu dalam serangan dron oleh AS lapangan terbang Baghdad.

Washington dan Tehran, musuh lama, saling memberi ancaman.

Kesatuan Eropah, Britain dan Oman menggesa kedua-dua negara itu membuat usaha diplomatik untuk meredakan krisis.

“Sementara kami menunggu penjelasan lanjut tentang kedudukan undang-undang dan impak resolusi hari ini, kami menggesa para pemimpin Iraq untuk menimbang semula pentingnya hubungan ekonomi dan keselamatan antara kedua-dua negara dan kehadiran Gabungan Global untuk Menangani ISIS,” jurucakap Jabatan Morgan Ortagus dalam satu kenyataan.

Setakat ini, terdapat 5,000 askar AS berada di Iraq, kebanyakannya dalam peranan penasihat.

Abdul Mahdi berkata, meskipun “masalah dalaman dan luaran” yang mungkin Iraq dihadapi, menamatkan bantuan pasukan tentera gabungan yang diketuai AS. “tetap terbaik untuk Iraq berdasarkan prinsip dan praktikal.”

Tambahnya, beliau sepatutnya bertemu Soleimani pada hari dia dibunuh dan pemimpin tentera Iran itu sepatutnya menyampaikan respons Iran kepada mesej daripada Arab Saudi yang Abdul Mahdi sebelum ini telah sampaikan kepada Tehran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast