Ketegangan di Baghdad semakin memuncak.

SEOUL – Agensi berita rasmi Korea Utara menyiarkan laporan pertama mengenai pembunuhankomander tertinggi tentera elit Iran oleh Amerika Syarikat (AS) pada hari ini, dengan menyebarkan propaganda menerusi media dengan menyatakan sehari sebelum itu bahawa Timur Tengah mungkin menjadi ‘tanah perkuburan’ untuk Amerika Syarikat (AS).

Korean Central News Agency (KCNA) melaporkan Qassim Suleimani, dibunuh dalam serangan peluru berpandu AS di Baghdad pada awal pagi Jumaat lalu yang mana China serta Rusia mengutuk serangan tersebut dengan menyifatkannya sebagai melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“China dan Rusia memberi penekanan bahawa mereka tidak hanya membantah penyalahgunaan kuasa ketenteraan dalam hubungan antarabangsa tetapi juga tidak berkompromi dengan tindakan ketenteraan,” kata KCNA yang merujuk perbualan telefon antara Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Rusia, Sergey Lavrov pada Sabtu lalu.

“Mereka melahirkan kekhuatiran terhadap keadaan serantau yang semakin teruk disebabkan tindakan haram AS,” katanya seperti dipetik agensi, Yonhap.

Pada Sabtu lalu, agensi media propagandan Korea Utara, Meari turut menyiarkan artikel bertajuk ‘Pakar tentera jangka Timur Tengah akan menjadi ‘tanah perkuburan’ untuk AS.

“Baru-baru ini pakar tentera global menganalisa bahawa AS tenggelam dalam satu peperangan di Timur Tengah,” kata laman sesawang itu.

“Malah negara pro AS secara pasif menjawab permintaan AS untuk menghantar tentera atas pertimbangan politik dalaman mereka dan cabaran ekonomi yang menjurus kepada kegagalan,”.

Setakat ini Korea Utara tidak memberi reaksi rasmi mengenai insiden tersebut.

Para pemerhati berkata, Pyongyang perlu mengikuti secara dekat tentang kesan perkembangan terkini Timur Tengah jika rundingan nuklear dengan AS menemui jalan buntu.

Pada mesyuarat parti selama empat hari akhir November lalu, pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menuduh AS mengheret kakinya dalam perbincangan peleraian nuklear dan melakukan ancaman untuk menunjuk-nunjuk ‘senjata strategik baharu’ kepada dunia pada masa depan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast