Palau Diego Garcia di Lautan Hindi.

WASHINGTON – Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) mengerah enam pesawat pengebom, B-52 ke sebuah pulau di Lautan Hindi, Diego Garcia berikutan peningkatan ancaman daripada Iran selepas serangan udara yang diketuai AS mengakibatkan komander tentera elit Iran, Qassem Soleimani terbunuh, lapor Fox News.

Langkah tersebut merupakan usaha terbaharu para pegawai tentera AS untuk mempertingkatkan sumber-sumber berhampiran dengan Timur Tengah selepas militan Kataib Hazbollah memberi bayangan terhadap kemungkinan serangan balas dilakukan kerana kematian Soleimani.

Pesawat B-52 dilaporkan berlepas dari Pengkalan Tentera Udara Barkdale di Louisiana ke Diego Garcia yang terletak 3,701 kilometer di lokasi paling selatan di Iran.

Data yang menjejak pergerakan pesawar pengebom, B-52 yang menuju ke Pulau Diego Garcia di Lautan Hindi

Setiap pesawat mempunyai lapan enjin dan ia direka untuk membawa senjata besar termasuk peluru berpandu, bom kawalan laser, bom konvensional dan bom graviti nuklear.

Pada Mei lalu, tentera AS telah menghantar sebuah pesawat pengebom ke Qatar namun pesawat tersebut meninggalkan negara itu beberapa bulan selepas itu, kata seorang pegawai perftahanan AS.

Pesawat pengebom, B-52.

Semalam, Setiausaha Pertahanan, Mark Esper dan Pengerusi Ketua Staf Bersama, Jeneral Mark Milley cuba menghapuskan kekeliruan mengenai sepucuk surat yang tersebar menyatakan tentera Iraq akan berundur dari rantau itu sehari selepas Ahli Parlimen Iraq meluluskan resolusi yang menggesa pengusiran tentera AS dari negara itu.

Kedua-dua Esper dan Milley menyifatkan surat yang tidak ditandatangani itu sebagai satu kesilapan dan berkata, AS tidak berhasrat untuk mengundurkan tenteranya dari Timur Tengah ketika ketegangan memuncak.

Milley memberitahu wartawan bahawa tentera AS membawa masuk tentera dari Kuwait dan memperketatkan perlindungan helikopter di Iraq, khususnya di kawasan zon hijau, yang telah dibom dengan serangan roket sejak tiga hari lalu, – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast