KUALA LUMPUR- Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) mengesahkan telah mengikat penyerang import baharu dari Perancis.

Pemain berusia 30 tahun, Guy Gnabouyou adalah produk bola sepak Marseille dan pernah beraksi bersama kelab Ligue 1 itu sekitar tahun 2007 sehingga 2010.

Namun selepas itu, Gnabouyou beraksi bersama beberapa kelab lain di Perancis dan Eropah.

Pemain berusia 30 tahun, Guy Gnabouyou adalah produk bola sepak Marseille dan turut pernah beraksi bersama kelab Ligue 1 itu sekitar tahun 2007 sehingga 2010.

Untuk musim 2020, hanya Paulo Josue dikekalkan sebagai pemain import dan turut dilantik selaku kapten pasukan untuk mengharungi saingan Liga Premier.

Pemain tempatan yang menyertai Kuala Lumpur pada musim ini adalah Akram Mahinan (PKNS FC) dan Shukor Adan (Melaka United).

Skuad warga kota itu kini dibimbing oleh jurulatih berpengalaman, Nidzam Adhza Yusof. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast