Mohd Shafie Apdal

KIMANIS – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal perlu meneliti kandungan kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum mengambil tindakan undang-undang.

Beliau sudah meminta peguamnya untuk berbuat demikian susulan pemimpin Barisan Nasional (BN) itu membuat serangan peribadi dan berbaur fitnah.

“Saya sudah minta (peguam saman Mohamad) tapi saya perlu tengok kandungan kenyataannya, saya difahamkan dia buat kenyataan di mana Pilihan Raya Kecil di Kimanis di antara orang Malaysia dengan Filipina.

“Perkara ini sangat sinis, di mana menyatakan adakah saya orang Filipina, bagaimana saya jadi orang Filipina, saya adalah orang Sabah, saya orang Malaysia.

“Bagaimana saya boleh jadi Timbalan Menteri Pertahanan, bagaimana pak cik saya jadi duta, saya berkhidmat kepada negara selama 32 tahun.

“Tapi janganlah sampai persoalkan keturunan saya, bangsa saya, jangan persoalkan perkara ini,” katanya kepada pemberita di Pos Bongawan hari ini.

Semalam, Mohamad mendakwa, pertembungan antara BN dan Warisan di Kimanis umpama perlawanan antara Malaysia dengan Filipina.

Jelasnya, beliau dimaklumkan oleh penduduk tempatan bahawa BN itu Malaysia dan Filipina adalah Warisan.

Mohd Shafie juga mengingatkan pembangkang agar tidak menggunakan isu yang boleh memecahbelahkan untuk meraih sokongan pengubdi Kimanis.

“Nak raih undi jangan pecah belah, ini negara kita. Walaupun saya kata Sabah untuk Sabah, bukan bererti saya halang orang Semenanjung malah saya hormat orang Semenanjung.

“Tapi saya tidak sayang UMNO itu, mereka yang gantung saya, saya berbakti, saya memberi sumbangan tapi saya digantung,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shafie mengingatkan jentera Warisan agar tidak melayani serangan peribadi yang dilakukan pembangkang.

“Serangan peribadi ini jangan peduli, ini bukan pilihan raya peribadi, ini pilihan raya negara kita, kerjasama yang ada di antara Warisan dan Pakatan Harapan (PH) kita nak tekankan bukan hanya di Sabah.

“Saya tahu banyak (serangan) tapi bukan tempatnya untuk nyatakan masalah peribadi orang.

“Ini tempat nyata dasar parti dan perjuangan kita, macam mana nak bangun negara kita, macam mana permuafakatan kerajaan pusat dengan kerajaan negeri,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Sudahlah hg shafie,kes rasuah hg pon terlepas macam tu je,masa hg menteri KKLW paling banyak rampasan berpuluh juta duit persisir di sabah,pon senyap saja..tak apa,sampai masa juga nanti segala kes hg akan d buka semula..
    Peruntukan paling banyak d sabah masa hg menteri KKLW,tapi ke mana duit tu pergi yg pelik,org sabah tak dapat juga kemudahan penting,bajet berbillion DSNR bagi…

Comments are closed.