TERKINI : Team Hollywood Makin Sukar Dikejar

LANGKAWI – Pasukan Team Hollywood mula terbayang kejuaraan apabila terus mendahulu pada hari ketiga pada Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) Belt & Road di sini hari ini.

Beraksi dengan hanya satu perlawanan dengan mengelilingi pulau, pasukan dikemudi Ray Roberts itu tidak menoleh ke belakang apabila terus mengungguli perlumbaan keenam.

Kemenangan pasukan dari Australia menyaksikan pesaing dari Thailand, THA72 terus berputih mata mencari kemenangan dalam perlumbaan pertama mereka dalam kelas Racing itu.

THA72 yang dikemudi Don Whitcraft menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan keseluruhan 3 jam 3 minit dan 8 saat manakala Team Hollywood unggul memenangi saingan dengan masa 3 jam 22minit 29saat.

Pendahulu hari pertama, pasukan effieConnect dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Zuhal masing-masing kekal di tempat keempat dan terakhir daripada lima pasukan bertanding.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast