Adel Abdul-Mahdi 

BAGHDAD – Perdana Menteri Iraq, Adel Abdul-Mahdi  memberitahu Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) untuk menghantar delegasi ke Iraq bagi merangka formula mekanisme pengunduran tentera AS dari negara itu.

Menurut kenyataan daripada pejabat perdana menteri, permintaan tersebut dilakukan menerusi perbualan telefon antara Abdul-Mahdi dan Mike Pompeo malam semalam.

Katanya, Pompeo telah menghubungi Perdana Menteri Iraq.

Perdana Menteri itu berkata, Iraq menolak semua keganasan terhadap kedaulatan negara itu termasuk serangan yang dilakukan tentera Iran ke atas pengkalan AS dan pencabulan ruang udara Iraq oleh AS dengan melakukan serangan udara yang mengakibatkan seorang jeneral kanan Iran terbunuh. – Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast