Haitham Tariq

MUSCAT – Menteri Pertanian Oman, Haitham Tariq – sepupu kepada Allahyarham Sultan Qaboos mengangkat sumpah menjadi sultan yang baharu di negara itu.

Berdasarkan ciapan Twitter kerajaan Oman, Haitham, 65, dilantik menjadi sultan selepas satu mesyuarat diraja yang diadakan.

Sultan Qaboos, pemimpin Oman paling lama telah meninggal dunia Jumaat lepas pada usia 79 tahun.

Allahyarham bagaimanapun tidak meninggalkan waris dan balu.

Menurut perundangan Oman, keluarga diraja mempunyai tempoh selama tiga hari untuk memilih pengganti sultan.

Sebelum itu, ramai meramalkan takhta Oman diganti oleh Asad Tariq – seorang lagi sepupu Allahyarham Qaboos.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Raja Oman mangkat