KIMANIS – Orang yang gemar memetik nama orang yang sudah meninggal dunia khususnya bekas negarawan hanyalah mereka yang sudah tidak waras sahaja.
Demikian kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sambil menegaskan tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan semata-mata untuk memenuhi agenda politik.
“Orang yang petik orang yang sudah meninggal itu orang dah sasau. Kita jangan jadi sasau ye, kita jangan petik-petik orang yang sudah meninggal.
“Hidup ini macam kereta, cermin depan lebih besar daripada cermin pandangan belakang, ia kecil saja.
“Nak tuding-tuding jari, sampai tak cukup orang hidup, orang mati pun kau nak salahkan…gila babi betul,” katanya selepas Ceramah PDM Binsulok di Kampung Tengah malam tadi.
Sebelum ini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Razak sebagai gagal dalam membangunkan kawasan luar bandar khususnya di Sabah.
Perkara itu timbul apabila jentera BN berkempen menyalahkan Mohd Shafie yang gagal membangunkan Sabah sedangkan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah diberikan peruntukan kedua terbanyak dalam belanjawan negara.
Dalam pada itu, Mohamad membidas sikap Mohd Shafie kerana menyakitkan hati rakyat Sabah susulan pengenalan Pas Sementara Sabah (PSS) menjelang Jun 2020.
“Kita mesti pandang ke depan, apa hala tuju Sabah? Itu yang perlu kita bentang kepada orang Sabah, bukan nak bentangkan PSS.
“Menyakitkan hati orang Sabah lagi? Cuba bentangkan ini hala tuju pembangunan dan kemajuan Sabah menjelang 30 tahun, kan senang hati orang.
“Ini dia peluang pekerjaan yang kita bagi untuk 30 tahun akan datang, ini per kapita bersih orang Sabah,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: