KUALA LUMPUR – Pengerusi Education Malaysia Global Services (EMGS), Datuk Abdul Rahman Mohamed bakal menghadapi tiga pertuduhan di bawah Kanun Keseksaan.
Menurut kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), suruhanjaya itu telah mendapat izin untuk mendakwa Abdul Rahman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok .
Menurutnya, maklumat berkaitan kes itu akan dimaklumkan esok selepas pertuduhan dibacakan. – MalaysiaGazette