MADRID – Plat keluli besar yang terpelanting sejauh tiga kilometer semasa letupan di sebuah loji kimia di wilayah Catalonia telah mengorbankan seorang lelaki.
Mangsa yang dikenali sebagai Sergio berada di apartmennya semasa objek seberat satu tan itu terjatuh dan menyebabkan bahagian luar bangunan rosak.
Letupan itu juga telah mengakibatkan seorang pekerja maut selepas mengalami cedera parah.
Kejadian tersebut berlaku pada pukul 6.40 petang pada hari Rabu.
Setakat ini tiada berlaku kebocoran toksik di kawasan sekitar.
Penduduk sekitar kawasan loji tersebut diminta berada di dalam kediaman masing-masing.
Beberapa penghuni di Placa Garcia Lorca, tempat tinggal mangsa berkata, mereka melibat bebola api di udara semasa insiden itu berlaku.
Pasukan bomba yang mengesahkan kejadian itu berkata, plat keluli itu adalah dari lokasi loji dan beratnya kira-kira satu tan.
Penduduk berkata, ‘ia seperti bom’.
Berpuluh-pulih bomba bertungkus lumus untuk memadamkan kebakaran di loji Industrias Químicas del Óxido de Etileno. – MalaysiaGazette