KUALA LUMPUR – MCA menyifatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai kelakar apabila memperbesar-besarkan isu apabila ia ada kaitan dengan Barisan Nasional dan Pas.
Sedangkan, kata, Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Chew Sir Boon, kerajaan Pakatan Harapan (PH) lagi teruk.
Komen berkenaan dibuat selepas Menteri Belia dan Sukan itu memuatnaik status yang menyatakan: “Saya tolak Velfire, Saya tolak Mercedez Benz. Saya pilih Proton. Kenderaan rasmi kerajaan”,
Lantaran itu, Chew mempersoalkan bagaimana pula dengan Menteri Besar Johor yang menggunakan Audi.
Menteri Besar Kedah pula menggunakan Volvo, Ketua Menteri Pulau Pinang Mercedes Benz dan Menteri Besar Perak dan Selangor, masing-masing dengan Toyota Camry yang baharu.
Semalam, timbul isu mengenai kereta Mercedes Benz baharu yang dikatakan milik Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang dibeli menggunakan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM400 juta.
Dakwaan itu ditimbulkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Datuk Husam Musa yang mahukan penjelasan mengenai kereta Mercedes Benz baharu itu.
Beliau mempersoalkan adakah pembelian kereta mewah bernombor DV 1 itu menggunakan wang bayaran tunai petroleum yang disalurkan oleh kerajaan pusat sebelum ini. – MalaysiaGazette
Beli Mercedes Benz bukan guna peruntukan khas kepada kerajaan negeri