KIMANIS – Sebanyak 28 laporan polis diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis setakat jam 8 pagi, hari ini.
Perkara itu didedahkan SPR menerusi Laporan Kesalahan Sepanjang PRK Parlimen P176 Kimanis yang dimuat naik di laman Facebook badan itu, hari ini.
Bantahan terhadap tuduhan atau fitnah oleh pengguna Facebook terhadap Timbalan Ketua Menteri Sabah merupakan kesalahan yang paling banyak diterima dengan lima laporan polis.
Ini diikuti dengan laporan mengenai kenyataan berunsur fitnah yang dikeluarkan oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) terhadap Ketua Menteri Sabah dengan tiga laporan polis.
Kesalahan itu melanggar undang-undang di bawah Akta Kanun Keseksaan 1241, 505 dan 500.
Selain itu, laporan mengenai tindakan menurunkan bahan kempen yang melanggar Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya turut diterima SPR dengan tiga laporan polis.
SPR turut menerima dua laporan polis mengenai tindakan pemasangan bahan kempen yang didakwa memaparkan kenyataan negatif.
Dalam pada itu, tindakan seorang lelaki yang dikenali sebagai Papa Gomo atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris mengoyak poster Ketua Menteri Sabah turut dilaporkan dengan satu laporan polis.
Sementara itu, bagi kategori bahan kempen statik, sebanyak dua kesalahan direkod membabitkan Barisan Nasional (BN).
Antara dua kesalahan itu ialah pemasangan bahan kempen di luar kawasan Parlimen Kimanis dan pemasangan bahan kempen yang melanggar Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Manakala Warisan pula, hanya satu laporan polis diterima SPR iaitu pemasangan bahan kempen pada premis awam iaitu dalam kawasan sekolah. – MalaysiaGazette
Mmg bodoh dah plu letak jawatan serta.merta kp spr ni..sbb mmg hancur spr nnti…kelakar lh kasalhan bn yg dia sbuk , sdngkan parti warisan lh yg pling byk buat kslhnan..harun ko tak layak jadi kp spr..sila ltak jawatn scara terhomat sblum rakyat jatuhkn ko…muka puncn pjahat..patut lh perangai pun jahat..klu rasa minat berpolitik masuk politik tak plu jadi badan bebas spr…sila ltk jawatan klu maruah ko tggi..klu ko rasa ko lbh bina drpd anjing, kekalkn lah dlm spr..