Jangan cepat melenting mahu menghukum pegawai pendidikan.

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof jangan cepat melenting mahu menghukum pegawai kerajaan yang menyatakan menyertai pesta Ponggal sebagai haram.

Ahli Majlis Syura Ulamak Pas Malaysia, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali berkata, gesaan itu adalah keterlaluan dan tidak cermat dikeluarkan oleh seorang bertaraf menteri.

Katanya, sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan mengenai hal ehwal agama Islam, beliau sepatutnya mengetahui bahawa Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah dan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang sebelum ini pernah memutuskan bahawa perayaan Ponggal mengandungi unsur syirik dan khurafat.

“Justeru, orang Islam dilarang menyertainya,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Jumaat lalu, Mujahid mahu tindakan tegas diambil ke atas pegawai kerajaan yang mengeluarkan pekeliling mendakwa perayaan Ponggal adalah haram dalam Islam.

Beliau dilaporkan berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak pernah mengatakan “haram” menghadiri perayaan itu, sebaliknya orang Islam dibenarkan mengambil bahagian selagi akhlak Islam dipatuhi.

Dr. Mujahid mempersoal tindakan pegawai dari Kementerian Pendidikan itu kerana memutarbelitkan kandungan surat berkenaan.

“Anda (pegawai terbabit) menggunakan perkataan seperti ‘terpaksa’ dan ‘haram’. Come on lah. Kita kata Ponggal diharuskan selagi akhlak Islam dipatuhi.

“Kami mendesak tindakan tegas diambil ke atas individu yang menulis surat tersebut dan kemudian menyalahkan Jakim kerana membuat keputusan itu. Kasihanilah saya dan Jakim,” kata Naib Presiden Parti Amanah Negara itu.

Menurut Dr. Mohd Khairuddin, menteri itu juga boleh merujuk kenyataan terkini (awal tahun lalu) Mufti Wilayah Persekutuan yang menegaskan keharaman bagi orang Islam merayakan dan menyertai sambutan pesta Ponggal.

“Saya ingatkan dia supaya tidak gelojoh dan jangan terpesong dalam mengaplikasikan konsep “Rahmah” yang dianjurkan dalam Islam semata-mata mahu mendapatkan sokongan penganut bukan Islam,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Mujahid mahu pegawai kerajaan kata Ponggal haram diambil tindakan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Aku harap pm pecat anjing2 dlm ph yg bolh mhancurkan org islam…ko menteri cap ayam tak lyk jadienteri agama lah, lbh baik ko jadi menteri yg jadi agama lain ..or jadi menteri yg jaga kpentingan kafir je..kn bgus…menteri agama yg pling bodoh dlm sjarah krjaan di mlysia..sgup ko hncurkn agama islam demi kafir..mmg ko tak lyk jadi menteri yg jaga agama..

Comments are closed.