Pengerusi Otai Reformis, Dr. Idris Ahmad bercakap pada "Forum : Tun M Lepas Jawatan Mei 2020?" di Restoran Amjal, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 21 JANUARI 2020

KUALA LUMPUR – Otai Reformis 1998 menyifatkan prestasi kabinet Pakatan Harapan (PH) pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh dibanggakan langsung.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok,
Dr Idris Ahmad berkata, selama setahun setengah mentadbir negara, kerajaan kini berdepan persepsi yang teruk dalam kalangan masyarakat.

Jelas beliau, situasi itu hanya akan terus memburukkan keadaan untuk kerajaan meneruskan pentadbiran negara.

“Apakah persepsi masyarakat terhadapan kerajaan? Boleh megah ke? Kalau elok spontan kita akan cakap.

“Ini satu (pencapaian) pun tidak ada. Macam mana hendak terus tadbir negara,” katanya ketika menjadi panel pada Bual Bicara Bersama Otai Reformasi 1998 bertajuk Dr M Lepas Jawatan Mei 2020 di sini malam ini.

Panel lain adalah Penulis Buku Anwar PM8, Shahbudin Husin, Ketua Berita JOM CHANNEL, Dr Siti Aini Omar dan Aktivitis NGO Kemanusiaan, Mustapha Mansor.

Idris menambah, bagi sebuah organisasi atau syarikat, pengurusan tertinggi akan membuat analisis untuk mencari kelemahan yang timbul.

Justeru katanya jika pemilik atau ketua pegawai eksekutif (CEO)  tidak berjaya melaksanakan tugasnya, mereka diminta meletak jawatan.

“Negara ini CEO adalah Perdana Menteri dan negeri adalah Menteri Besar. Rakyat adalah pengundi dan kita boleh tentukan siapa hendak mentadbir negara.

“Kalau sebuah syarikat akan diberi peluang lagi enam bulan tetapi ini sudah lebih setahun setengah. Apa yang rakyat hendak harap dengan parti politik untuk apa yang kita mahukan.

“Rakyat yang kena berjuang untuk perubahan kerana jika harap parti politik, amat menyedihkan.

“Tengoklah kenyataan Lim Guan Eng dari DAP dan Mohamad Sabu dari Amanah,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Apa yg nak dibanga kan klu asik menyalahkan kerjaan dahulu dan penjenamaan semula satu apa pun di buat x ikhlas buat sikit canang dan lolong nya satu dunia menunjuk kan yg mereka lebih baik sememang nya rakyaat mau kan yg lebih baik dri yg dulu.tp hanya canang dan.lolong nya yg lebih…

Comments are closed.