Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani. foto FAREEZ FADZIL, 06 OKTOBER 2017

KUALA LUMPUR – Polis telah mengesan rakaman video tular baru-baru ini yang dikaitkan dengan anggota polis yang didakwa menerima rasuah bagi melindungi kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ke Tawau, Sabah.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, penularan video berkenaan sebenarnya merupakan ulang siar daripada video sama yang pernah ditularkan sekitar Mei 2016.

“Ekoran daripada penularan awal video itersebut, satu kertas siasatan tata tertib telah dibuka pada tahun 2016 oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) bagi menentukan kesahihan kejadian berkenaan.

“Hasil siasatan secara keseluruhannya menunjukkan tiada keterangan kukuh untuk mengaitkan anggota polis terbabit menerima rasuah daripada PATI warga Indonesia bagi melindungi mereka masuk ke Tawau, Sabah seperti mana yang ditularkan,” kata dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini hari ini.

Tambah beliau, meskipun demikian hasil siasatan JIPS telah menemui beberapa kelemahan dalam penugasan anggota PDRM di Tawau, Sabah Khususnya daripada aspek pentadbiran dan penyeliaan yang perlu diberikan perhatian serta penambahbaikan.

Katanya, PDRM telah mengambil inisiatif membuat penambahbaikan ke atas kelemahan-kelemahan tersebut.

“Sebagai langkah pencegahan, PDRM telah mengambil tindakan dengan menukarkan serta-merta seorang pegawai kanan dan seorang anggota bagi menghindari potensi berlakunya salah laku yang tidak diingini,” tegasnya lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast