abatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mahukan keadilan untuk anggotanya Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim terlaksana walau apa juga kaedah yang diambil pihak berkuasa dalam menentukan punca kematiannya.
Laporan Penuh Jawatankuasa Khas Siasatan Kes Kematian anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dijangka akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri bulan hadapan.

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Koroner yang membenarkan Mohd Kassim Abdul Hamid iaitu bapa kepada Allahyarham Muhammad Adib memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Mohd Kassim dalam permohonan yang difailkannya itu mendakwa Peguam Negara menghina mahkamah berkaitan inkuiri kematiannya anaknya, Muhammad Adib.

Hakim Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid berkata, permohonan tersebut gagal mematuhi Perintah 52 Peraturan Mahkamah Tinggi.

“Koroner (Rofiah Mohamad) juga gagal mempertimbangkan beberapa perkara yang dibangkitkan peguam negara dan pegawainya, (Hamdan Hamzah) dalam afidavit mereka,” katanya ketika membenarkan rayuan Thomas seperti yang dilaporkan FMT

Bagaimanapun, beliau juga memutuskan koroner ada bidang kuasa untuk mendengar aduan terhadap Thomas kerana tidak menghormati mahkamah.

Peguam Ambiga Sreenevasan, Zainur Zakaria dan Peguam Kanan Persekutuan, S Narkunavathy mewakili Thomas, manakala Mohamed Haniff Khatri Abdulla tampil bagi pihak Kassim.

Artikel berkaitan: Tommy dakwa permohonan komital keluarga Adib tidak lengkap

Pada 16 Julai lepas, Mohd Kassim memfailkan permohonan perintah komital terhadap Tommy kerana menghina mahkamah berkaitan prosiding inkues bagi mencari punca kematian anaknya.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lepas dan menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis di Institut Jantung Negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Sehingga kini setelah sekian lama tiada lagi keadilan buat keluarga Allahyarham M Adib. Hatta tak nampak lagi bunga2 keadilan buat mangsa!

    Diharap keluarga Allayarhan terus berdoa, berdoa dan berdoa.

    Kata orang doa orang2 yang dizalimi amat makbul!

    Jom semua teruskan bagi sokongan buat keluarga Adib dan terus berdoa!

  2. Undang2 skrg dah cacar marba….byk yg kena belah sana…..belah sini lepas dgn alasan x msk akal…wpun jelas ada campurtangan…..rakyat menerhati & keliru dah dgn undang2 skrg…

Comments are closed.