Salah satu tarikan di Movie Animation Park Studios, di Ipoh.

KUALA LUMPUR – “Jadi sekarang gulung tikar ke atau pun tutup buat sementara,” tanya wakil MCA berhubung penutupan taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh, Perak.

Soal Pengerusi Bahasa Malaysia MCA Perak, Cally Ting, jika sementara berapa lama taman tema itu ditutup, adakah satu bulan atau enam bulan.

Tanya beliau lagi, dengan penutupan MAP adakah kakitangan taman tema itu dibuang kerja.

Tambahnya, adakah tiket tempahan awal untuk memasuki MAP termasuk yang dibeli daripada pihak ketiga boleh mendapat bayaraan balik atau sebaliknya.

“Boleh kerajaan Perak jawab? Huhuhu i don’t think so. (saya tidak fikir begitu). Sebab they don’t even know what they have been doing. (Sebab mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan).

“Self-manage kot, manage la, manage sampai gulung tikar. (Urus sendiri kot, urus la, urus sampai gulung tikar,” katanya yang mendakwa Kerajaan Perak begitu angkuh dan tidak pernah mengakui kesilapan dan kebodohan sendiri.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan tentang penutupan taman tema itu hari ini.

Taman tema itu dibangunkan dengan kos RM520 juta telah dibuka kepada orang ramai pada bulan Jun 2017.

Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast