Mohamaddin Ketapi

PUTRAJAYA – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya , Mohamaddin Ketapi berkata, pihaknya akan menulis surat kepada pusat pelancongan di negara ni agar tidak menghalang pelancong membuat lawatan ke destinasi yang mereka inginkan.

Mengulas mengenai keputusan Masjid Putra di sini yang menutup masjid tersebut kepada penunjung bukan Islam ekoran wabak koronavirus, katanya, pelancong yang masuk ke negara ini adalah orang sihat sebagai pelancong.

“Kita akan buat surat kepada pusat-pusat pelancongan, jangan halang pelancong melawat tempat-tempat yang ingin dilawati. Ini tak bagus, ini salah sama sekali.

“Kita nak halang orang sihat nak melawat di dalam negara kita, apa semua ini,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat mengenai koronavirus bersama Kementerian Kesihatan di sini.

Mohamaddin  sebelum itu ditanya tentang penutupan pusat pelancongan kepada pelancong bukan Islam termasuk Masjid Putra.

Minggu lalu, pihak pengurusan masjid tersebut memberitahu, Masjid Putra ditutup untuk lawatan bagi pengunjung bukan beragama Islam susulan kebimbangan terhadap wabak 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV).

Penutupan itu berkuat kuasa sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak dan buat masa ini masjid tersebut hanya dibuka kepada pelawat beragama Islam untuk menunaikan solat.

“Pelawat bukan Islam masih boleh mengambil gambar, tetapi sehingga hadapan pintu gerbang masjid sahaja (sebelum pos kawalan masjid),” katanya.

Artikel berkaitan: Koronavirus: Masjid Putra ditutup kepada bukan Islam, hanya untuk solat

Mengenai sama ada penggantungan sementara kemudahan Imigresen kepada pengunjung dari Wuhan dah Hubei, kata Mohamaddin, langkah itu tidak akan menjejaskan Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020) yang mensasarkan kedatangan 30 juta pelancong antarabangsa.

Katanya, beliau komited untuk mencapai sasaran itu walaupun negara sedang berdepan dengan wabak koronavirus.

“Sasaran (TMM2020) masih sama 30 juta, kalau ada pun kesan hanya kecil iaitu dari Wuhan sahaja.

“Kita tak bercakap tentang jumlah pelancong dari Australia atau England yang terkesan dengan virus itu daripada datang ke sini,” katanya.

Dalam pada itu, bagi memastikan sasaran TMM2020 dicapai, pihaknya mempunyai banyak perancangan lain bagi menangani kesan wabak koronavirus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. “Pelawat bukan Islam masih boleh mengambil gambar, tetapi sehingga hadapan pintu gerbang masjid sahaja (sebelum pos kawalan masjid)” – bagus la buat penetapan bergini! Perlu ada penegasan!

    Masjid, surau adalah rumah Allah, tempat tersuci.

    Ada pelancong2 yang berpakaian tidak senonoh, berpakaian seperti memakai seluar dalam sahaja. Dipintu2 masuk masjid negara, KL contohnya, cukup tak senonoh.

    Kalau nak tengok masjid di China ada berlambak, di Australia, di Birmingham England, di Eropah ada berlambak! Apa masalah?

    Ahli2 parlimen Muslim kena vokal dan tegas menjaga kesucian masjid2!!!

  2. Kalau pernah ke Masjid Ibrahimi di Hebron menziarahi makam para nabi2 dan isteri atau Al Aqsa di Baitulmaqdis, wanita orang2 puteh pun berpakaian sopan bila memasuki kawasan masjid!

    Perlu ada penegasan.

  3. Satu tindakan menghalang pelawat asing ke Masjid adalah amat disikong. Lebih baik berjaga dari terlambat. Menteri asyik fikir tentang pencapaian 2020 tanpa memikirkan kesan pada kesihatan rakyat. Masjid adalah tempat suci untuk umat islam sembahyang.

Comments are closed.