Kerajaan tidak menafikan berhadapan dengan cabaran mendapatkan penyertaan orang awam dalam perlaksanaan setiap program di lapangan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.
Bagaimanapun, beliau berkata, masalah tersebut dapat ditangani menerusi pentadbiran dan hala tuju kerajaan yang jelas dan tersusun sekaligus memberikan ruang yang luas kepada rakyat khususnya warga Wilayah Persekutuan untuk memupuk nilai rasa sayang terhadap Wilayah Persekutuan.
Katanya, penganjuran sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020 dengan pengisian sebanyak 29 lagi acara dan program untuk warga Wilayah Persekutuan sama ada di Kuala Putrajaya dan Labuan sepanjang Februari ini bertujuan menyemarakkan semangat sayangkan negara.