Dr. Shamsul Anuar Nasarah
Dr. Shamsul Anuar Nasarah

KUALA LUMPUR – Tindakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menghebahkan apa yang disebut oleh presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu mesyuarat tertutup adalah salah dan tidak bertanggungjawab.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, apatah lagi dalam keadaan Presiden UMNO hanya memberikan gambaran awal serta ingin mendapat pandangan dari pelbagai pihak berhubung perkara membabitkan kepentingan parti.

“Belum ada sebarang keputusan atau tindakan yang dimutamadkan oleh parti mengenai perkara itu. Apakah itu satu kesalahan sehingga dianggap Presiden UMNO melakukan satu pengkhianatan?” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Shamsul, tindakan memanipulasikan pelbagai isu, situasi serta membuat kenyataan terbuka dan melulu oleh Lokman juga tidak profesional malah boleh merosakkan imej parti.

Perbuatan seumpama itu juga, katanya, boleh menimbulkan kekeliruan di peringkat akar umbi yang sepatutnya dielakkan.

Beliau turut menarik perhatian mengenai tuduhan Lokman kononnya Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menerima payroll atau bayaran.

Malah, katanya, kenyataan Lokman mengaitkan hubungan UMNO PAS dalam erti kata yang tidak tepat dan salah berkaitan isu kerajaan gabungan adalah amat keterlaluan dan sangat tidak bertanggungjawab.

“UMNO punyai kaedah yang tersusun. Segala keputusan parti pasti akan melalui saluran yang betul dan tepat.

“Sudah tentu Presiden UMNO dan kepimpinan tertinggi parti tidak akan membelakangkan kepentingan parti dalam membuat sebarang keputusan penting,” katanya.

Shamsul turut mengingatkan tentang keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 24 Julai 2019 bahawa hanya Presiden parti yang diberikan mandat untuk mewakili UMNO jika terdapat mana-mana pihak daripada luar yang ingin mengadakan sebarang kerjasama dengan UMNO.

Kerana itu, katanya, sebarang perbincangan atau perundingan mesti mematuhi apa yang telah dimuktamadkan oleh Majlis Tertinggi UMNO. Dan proses ini dilakukan oleh Presiden UMNO dengan penuh tanggungjawab.

“Dengan tegas dinyatakan disini bahawa, UMNO tidak akan mengadakan sebarang kerjasama dengan mana-mana parti terutama parti-parti yang menganggotai Pakatan Harapan (PH) selagi mereka berkongsi kuasa politik dengan DAP. Maknanya UMNO menolak sebarang bentuk kerjasama yang melibatkan DAP.

“UMNO punyai prinsip dan idealoginya sendiri. Sesekali ianya tidak akan digadaikan,” katanya.

Lokman dalam kenyataannya petang tadi berkata, beliau amat malu kerana mempunyai seorang Presiden yang lemah dan tiada jati diri.

Beliau mendakwa, Ahmad Zahid iba-tiba muncul dalam mesyuarat JK Perhimpunan Muafakat Nasional UMNO yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman.

Lokman berkata, Presiden UMNO itu dalam ucapannya telah menyatakan empat sebab utama kenapa beliau mahu UMNO berkerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad antaranya untuk menjaga Muafakat Nasional dan menyelesaikan masalah Bossku (Datuk Seri Najib Razak). – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. tak salah pun datok lokman membuat kenyataan awal perancangan zahid diumumnys pada rakyat terlalu awal….jgn dah buat keputusan yg sudah sertai maufakat nasional baru nak umum pd rakyat lg bahaya….
    sekurang2nya zahid akan merasa bersalah dgn mengunakan kedudukannya sebagai presiden menyalah guna kuasa utk menyertai muafakat nasional demi kepentingan diri….org mcm zahid cukup bahaya…perangai zahid pun sama mcm rakannya anu war yg sentiasa bergerak mcm mana nak lepaskan diri dari masaalah yg mana guru mereka adalah madey…

    • Betul tu..klu benar nk selamatkan DSN kenapa madey x nk DSN terlibat sama..ala muslihat sbnrnya madey tu..dan knpa presiden blh percaya dan terpengaruh dgn seorg pengkhianat parti dan bangsa Melayu..seolah2 ada muslihat yg disorokkan dr pengetahuan ahli parti yg setia kpd UMNO.

  2. Akhirnya madey jgak yg menang..Semua nk bersujud kpd madey kecuali DSN dn DLNA…2org ni lah yg berjuang2 habis2an utk menaikan kmbali UMNO…Pemimpin lain hnya pandai mnikmati keuntungan apabila UMNO berjaya dipulihkn oleh 2 org tokoh tersebut..AMAT2 MEMALUKN..Apakh pemimpin yg tak tau malu itu mnyelami kehendak akar umbi dan rakyat secara amnya?

Comments are closed.