Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang bekas wartawan hari ini berhadapan tiga pertuduhan membuat kenyataan berhubung wabak koronavirus, yang didakwa dengan niat hendak menyebabkan ketakutan kepada awam.

Wan Noor Hayati Wan Alias, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap ke semua pertuduhan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Beliau didakwa melakukan kesalahan menerusi akaun Facebook “Ibu Yati” pada 26 Jan lalu.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azmal mewakili pihak pendakwaan, manakala Wan Hayati tidak diwakili peguam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast