KUALA LUMPUR – Jika UMNO tidak menyertai Pakatan Tun Dr. Mahathir Mohamad maka UMNO akan kekal jadi pembangkang tetapi bukan mengetuai pembangkang.
Persoalannya, sanggupkah UMNO berketuakan DAP?
Ini persoalan yang ahli UMNO perlu tanya pada diri masing masing, kata bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo.
Beliau berkata demikian mengulas isu kemungkinan UMNO akan bergabung dengan Mahathir bagi membentuk kerajaan baharu bersama Pas.
Sanggupkah UMNO bersekongkol dengan DAP? Harus di ingat Pas pernah bersekongkol dengan DAP dan akhir nya mengakui DAP bukan parti yang boleh di buat kawan perjuangan.
“Ahli UMNO mesti berfikir secara terurus sebelum menempelak presiden sebagai pembelot dan sebagainya,” katanya dalam statusnya Facebooknya hari ini.
Sebagai Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pasti ingin melihat UMNO terus teguh dan kukuh membela agama bangsa, dan dalam situasi seperti sekarang, apa pilihan yang ada, soal Mohamad Khir.
“Diantara memilih Mahathir dan DAP, pasti nya pilihan yang betul adalah memilih bekerjasama dengan Tun M,” katanya lagi.
Menurutnya, ia bukan lagi soal pilihan terbaik tetapi membuat pilihan yang betul walaupun sukar kerana ia akan menimbulkan pelbagai andaian tetapi pilihan yang betul itu mesti diputuskan untuk kelangsungan perjuangan parti.
“UMNO perlu memilih untuk terus bermaruah atau jadi barua DAP. Tepuk dada tanya selera, jangan sampai terlalu gelojoh melayan selera hingga lupa apa rasa makanan yang ada di mulut kita,” katanya.- MalaysiaGazette