Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (tengah) diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan barisan Jemaah Menteri.

KUALA LUMPUR – Kabinet memandang serius insiden serangan terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Ulu Tiram, Johor pada 1 Februari lalu.

Dalam kenyataan Jabatan Perdana Menteri hari ini, jemaah menteri berkata kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang tidak menghormati undang-undang.

“Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak termasuk di negeri-negeri yang tidak menghormati undang-undang negara termasuk yang tidak mematuhi arahan yang diberi oleh kerajaan.

“Prinsip kedaulatan undang-undang hendaklah sentiasa dipatuhi,” demikian kata kenyataan yang sama.

Menurutnya, Malaysia mempunyai undang-undang dan semua pihak harus menghormati peruntukan undang-undang dan semua pihak tanpa kecuali, harus mematuhi undang-undang negara.

“Tindakan kasar serta biadap yang tidak mencerminkan akhlak yang baik ini perlu dikecam.

“Pihak berkuasa juga mesti menegakkan undang-undang secara telus dan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati tidak menghormati undang-undang ini. Hanya mereka yang menjadi anggota kerajaan yang berhak memberi arahan.

“Ini pun jika arahan bercanggah dengan undang-undang atau SOP, petugas tidak perlu bertindak,” kata kenyataan itu.

Syed Saddiq yang juga Ketua Pemuda PH sebelum ini mendakwa dirinya bersama beberapa pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor diserang sekumpulan individu ketika menghadiri perjumpaan, minggu lalu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Dikepung gangster upahan, Syed Saddiq terpaksa lompat pagar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Puak2 ph ko tak pyh ckp pasa undang2 lh..puak2 ko tak pnh nk hormat undang2..bru hmpir 2 tahu jadi krjaan mcn2 puak2 ko sudah langar. Undang2..tak.pyh ckp pasa undang2..klu ko tak flow undnag2.

  2. Bile kena kt menteri bapok ni.. Cepat kera jaan keluarkan kenyataan.. Masa kes arwah adib punya la nak amik masa bg kenyataan…cukup2 la wahai kera jaan x usah putar belit lg rakyat dah muak…. Elok la nama pun menteri sukan… Rasai keperitan atlit lompat pagar mcmna… Nasib x koyak alur belakang

Comments are closed.