Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman terpaksa melompat pagar gara-gara majlis yang dihadirinya dikepung kira-kira 200 individu berbaju hitam.
KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama beberapa pemimpin lain terpaksa melarikan diri dengan mengikuti jalan tikus dan melompat pagar gara-gara perhimpunan tertutup yang dihadirinya diganggu sekumpulan gangster upahan.
Dalam hantaran di laman Facebooknya, Menteri Belia dan Sukan itu mendakwa, kumpulan gangster berpakaian serba hitam itu telah bertindak mengepung tempat pertemuan, memekik kata-kata kesat dan insiden tersebut turut disaksikan oleh ibu bapanya yang turut hadir. 
Syed Saddiq juga mendakwa kumpulan tersebut melaungkan kepada beliau supaya meminta maaf kepada Tunku Mahkota Johor.

“Malam ini, saya dan Armada Johor berkumpul di Ulu Tiram, Johor. Kami rancang untuk duduk semeja, sembang santai dan bersatu hati. Keluarga Srikandi dan Bahagian juga ada yang turut hadir. Ini rancangan asalnya lah.

“Tapi, malam ini diganggu oleh sekumpulan individu (sekitar 200 lebih orang) yang datang tidak dijemput. Mereka semua berdiri keliling berpakaian hitam datang ke majlis kami. Gangster dan tidak hormat orang.

“Mereka semua berdiri mengepung tempat makan kami, sergah dan langgar semua tetamu yang hadir. Mereka laung dan pekik macam-macam kata-kata kesat. Ibu bapa saya juga jadi saksi malam ini.

“Ini apa? Ada anak-anak kecil, wanita di dalam majlis. Paling teruk, mereka sergah supaya menteri minta maaf kepada TMJ, kalau mahu pulang dari majlis. Apa yang berlaku, saya pun tak tahu. Yang saya tahu, ini biadap dan kurang ajar. Apa salah saya? Saya berkhidmat untuk rakyat.

“Lebih teruk, keselamatan semua yang hadir. Bayangkan dikepung lebih 200 orang individu lagak seperti gangster. Saya sendiri, YB Rafiq, YB Mazlan dan lain terpaksa lari guna jalan tikus dan lompat pagar. Lari seperti orang salah,” katanya.

Beliau dalam masa yang sama mengucapkan terima kasih kepada Armada dan Bersatu Johor sambil menegaskan tidak akan memaafkan kumpulan yang biadab itu. Terima kasih Armada Johor. Terima kasih Bersatu Johor. Malam ini adalah malam keluarga Armada dan Bersatu. Saya tak akan maafkan kumpulan yang biadap ini.

Syed Saddiq turut mengingatkan orang yang bertanggungjawab di sebalik tabir insiden itu bahawa Malaysia mempunyai undang-undang, polis dan mahkamah.

“Tidak ada sesiapa yang lebih tinggi dari perlembagaan. Baik saya atau orang lain.

No one is above the rule of law. Ini Malaysia. Malaysia, milik semua,” katanya.

Insiden yang sama turut dimuatnaik oleh #TeamSaddiq yang mendakwa rapat umum Armada yang diadakan secara tertutp di Johor telah diganggu oleh gangster upahan.
“Rapat Umum ARMADA diganggu gangster upahan.
“Majlis tertutup ARMADA Johor diselar dengan gangguan lebih 200 gangster upahan yang datang menganggu majlis.
“Mereka datang dengan kata makian dan berniat jahat!” ciap #TeamSaddiq di laman Twitter. – MalaysiaGazette 

19 Komen

  1. Kenapa nak lari?tak kan mereka nak bunuh?
    Kenapa tak mintak bantuan polis?
    Kenapa meraka 200 org dtg kacau?
    Kenapa mereka suruh mintak maaf dgn TMJ?

  2. hahaha
    baru ada akai
    tak habis2 nak kencing rakyat
    skrg org dah menyampah dengan kau

  3. gangster ke kumpulan perosak…mereka memang diujudkan utk membuat porak peranda…nama pun pembangkang…bangkang je lah…apa susah…angkut je…hihihi

  4. Ini Malaysia .. ada peraturan ada kedulatan undang2.. Kebiadapan bukan budaya orang Johor. Negara ini tidak memerlukan kongsi gelap menganggu ketenteraman awam.

  5. Ltak jawatan lh pondan , ko tak.lyk.lh jadi menteri..ko tak ada tokoh langsung jadi menteri , mcn pondan dah ko ni…apa yg ko buat slmat hmpir 2 tahun, habuk pun tak ada, yg ada bela puak2 LGBT itu je yg ko buat..

  6. Awak lompat pagar tisu kangkang tk koyak ker . Kena pergi jumpa doktor ni . Lps tu report polis telinga awak gegendang hampir pecah kerana di jerkah gangster . Gangster tu lah dulu yg ondi awak pru14, dan skg mereka tk sabar2 nk humban awak pula . Tk mau tunggu pru15 dh barangkali , nak humban awak dulu sebagai kenangan sambil tunggu tarikh pru pulak.

  7. YB syed Sadiq,,tiada sesiapa yg lebih tinggi dari perlembagaan,atau bahasa mudah,lebih tinggi dari undang2.,itu hanya ungkapan YB.ramai org org politik tdk didakwa kerana jenayah mereka sebab mereka itu sebelah kerajaan ,dimana YB menterinya.jika sebelah musuh politik,dikorek sampai lubang cacing.yb tahu ke bust bust x tahu.seeloknya,jgnlah bermusuh dgn TMJ,saya org Perak tapi saya hormat TMJ,kerana baginda keluarga diraja.

  8. Bila kena kat hampa rule of law bila kena kat puak lain mana rule of law nya hampa yg mula kan sekarang ambil balik lah.lu jangan cakap tak serupa bikin.snang cakap jgan salah kan orang tp ingat dan cari apa salah sendiri.

  9. Org kerajaan lari di jerkah gengstar?..selalu nya org ckap berani kerana benar takut kerana salah…jadi kita dah tahu lah syed sedut ni takut kerana salah..sebab tu lari…nasib biji puaka u tak sangkut kat pagar..

Comments are closed.