KUALA LUMPUR – Usia Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjangkau sembilan dekad jelas menunjukkan TLDM merupakan sebuah organisasi yang matang dan telah melalui pelbagai cabaran serta rintangan seiring dengan arus pemodenan.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan mengucapkan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia Yang Ke-90 kepada seluruh warga the Navy People berharap rakyat mengenang jasa-jasa serta perjuangan dan pengorbanan warga tentera laut yang telah berbakti kepada negara ini.
“Pengorbanan setiap pegawai anggota TLDM ini akan tetap sentiasa dikenang dan akan dijadikan sebagai pedoman dan tauladan bagi generasi akan datang, titah baginda yang juga Kepten Yang Dipertua TLDM.
Sultan Sharafuddin turut berharap agar setiap warga the Navy People terus mempamerkan kesetiaan dan semangat juang yang tinggi terhadap perkhidmatan yang tercinta ini.
Baginda turut baginda mendoakan semoga perwira dan srikandi negara sentiasa mendapat perlindungan dan kekuatan dari Allah Subhanahu Wata’ala.
Selamat Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia Yang Ke-90. – MalaysiaGazette