KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun (HUT) ke-90 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) buat seluruh warga dan veteran TLDM.
Menurutnya, Hari Ulang Tahun TLDM tahun ini diraikan dalam nada berbeza, kata Datuk Seri Khaled Nordin.
Baru-baru ini seluruh negara bersedih susulan nahas dua helikopter di Kem Pangkalan TLDM di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.
Tragedi itu mengorbankan 10 pegawai dan anggota TLDM.
Walau apa jua rintangan dan cabaran, katanya, TLDM perlu terus cekal dan tabah, demi rakyat, dan demi tanah air yang tercinta.
“Jangan sesekali kita melupakan mereka yang telah pergi meninggalkan kita. Bawalah semangat juang, kenanglah jasa dan pengorbanan, ingat mereka dalam setiap doa.
“Begitu juga pejuang-pejuang terdahulu yang telah meninggalkan kita. TLDM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara,” ujarnya. – MalaysiaGazette