Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. foto IQBAL BASRI, 18 JANUARI 2020

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Biro Politik PKR yang diadakan malam tadi memaklumkan bahawa Presidennya, Datuk Seri Anwar telah menerima surat permohonan cuti Naib Presiden parti itu, Zuraida Kamaruddin.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang berkata pejabat Presiden telah maklum akan hal itu.

“Presiden (telah) menerimanya (surat permohonan cuti Zuraida).

“Biro politik PKR malam tadi diberikan makluman oleh Presiden tentang surat cuti daripada Zuraida Kamaruddin,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Semalam, Zuraida menerusi Setiausaha Politiknya, Nor Hizwan Ahmad berkata, pihaknya telah menghantar surat permohonan cuti daripada memegang jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Hizwan berkata, surat yang diserahkan kepada pejabat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar, antara lain menyebut Zuraida akan bercuti sehingga Lembaga Disiplin parti selesai membuat keputusan mengenai tindakan terhadapnya.

Zuraida dalam surat berkenaan mahu bercuti daripada tugas itu berkuatkuasa serta merta namun beliau akan menjalankan tugas sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Zuraida sebelum ini dirujuk kepada Lembaga Disiplin berhubung ucapan kontroversinya yang mengkritik secara terbuka pimpinan utama PKR pada satu majlis makan malam di sebuah hotel di ibu negara pada 8 Disember tahun lalu iaitu hari terakhir Konvensyen Nasional PKR di Melaka. -MalaysiaGazette

Zuraida bercuti dari tugas Naib Presiden PKR

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. tiada lagi masa depan..
    (Pencetus Kebakaran)
    Dah agak .. keluar bawa masalah.
    Hidup Azmin Alu

Comments are closed.