KUALA LUMPUR – Tular di media sosial apabila pawagam terkenal Golden Screen Cinema (GSC) akan menutup cawangan di pusat beli belah Pavilion Kuala Lumpur bermula 16 Februari depan.

Notis penutupan itu dibuat menerusi satu makluman yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan pawagam berkenaan.

Menurut notis berbahasa Inggeris itu, orang ramai masih boleh menonton filem pilihan mereka di GSC berhampiran seperti di MyTown, Cheras, GSC Quill City Mall dan The Garden Mall.

“Kami ingin mengambil kesempatan dengan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kaki wayang atas sokongan anda ke atas GSC Pavilion sejak ia dibuka (sekitar 12 tahun lalu).

“Nantikan pembukaan GSC di lokasi terbaharu,” jelas makluman berkenaan.

Untuk rekod, GSC Pavilion Kuala Lumpur mula dibuka sejak 29 November 2007.

Sementara itu, terdapat spekulasi yang mendakwa pawagam berkenaan bakal diambil alih oleh syarikat pawagam dari China.

Bagaimanapun, masih tiada sebarang pengesahan atau kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast