Persekutuan Pekilang -Pekilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan mengenakan levi RM10,000 bagi tempoh tiga tahun, dan bukannya meminta majikan membayar jumlah itu setiap tahun untuk melanjutkan khidmat pekerja asing mahir mereka.

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM7.8 bilion tunggakan bayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) masih belum lagi dibayar kepada pembayar cukai, kata Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM ).

Angka itu berdasarkan bulan Februari 2020.

Presidennya, Tan Sri Soh Thian Lai berkata, bayaran balik tunggakan itu ditangguhkan oleh Jabatan Kastam Diraja kerana ia perlu menjalankan audit lapangan terlebih dahulu.

Penangguhan itu memberi kesan negatif kepada aliran tunai perniagaan.

“Memandangkan Jabatan Kastam mempunyai tempoh enam tahun untuk menjalankan audit lapangan, kami menggesa kerajaan untuk mempercepatkan pembayaran balik GST dengan hanya menjalankan audit lapangan berdasarkan profil risiko syarikat dan menjalankan audit pengesahan untuk syarikat yang mempunyai landasan rekod, yang baik,” katanya.

FMM mengeluarkan kenyataan itu selepas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kementeriannya telah diberi tanggungjawab untuk menyediakan pakej rangsangan ekonomi susulan penularan koronavirus yang memberi kesan kepada ekonomi negara.

Mengikut laporan, setakat Februari 2019, sebanyak RM4 bilion tuntutan bayaran balik GST telah dilunaskan kepada 54,603 pemegang akaun yang berdaftar dengan Jabatan Kastam.

Setakat 4 Mac tahun lalu, pembayaran balik GST yang belum dijelaskan adalah sebanyak RM22.14 bilion berbanding 298,457 penyata oleh 168,839 pendaftar dan bukan RM19.4 bilion seperti yang diisytiharkan sebelum ini.

Perbezaan angka itu disebabkan tuntutan tambahan antara Mei dan Disember 2018.

Pembayaran balik GST itu dibuat selepas kerajaan menerima RM8 bilion daripada Petroliam Nasional Berhad. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. tumpukan bantu rakyat daripada bayar hutang gst itu. hutang gst hutang rompakan yang akan diterima olih wakil2 perompak berlesen. bukan dapat pada rakyat pun.

Comments are closed.