KUALA LUMPUR – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) mengumumkan pelaksanaan konsep At-Tawarruq melalui penawaran produk Ar Rahnu Prestij (tujuan umum), Ar Rahnu Bisnes (modal perniagaan), Ar Rahnu Emas (pemilik emas YaPEIM Gold) dan Ar Rahnu Didik (tunai untuk pendidikan) mulai hari ini.

Pelaksanaan itu tidak melibatkan sebarang kos tambahan dan dilaksanakan mengikut Piawaian Prosedur Operasi yang telah ditetapkan.

“Pelaksanaan konsep baru ini adalah berdasarkan Pematuhan Syariah yang digariskan selaras dengan Keputusan Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia (MPS BNM), 2018-2019, dalam Polisi Dokumen (PD) Rahn,” kata YaPEIM dalam kenyataan.

Penambahbaikan konsep semasa berasaskan gabungan kontrak Qard (Pinjaman), Rahn (Cagaran), Wadi’ah Yad Dhamanah (Simpanan) dan Ujrah (Upah Simpan) kepada konsep Tawarruq yang menggabungkan pemakaian Pembiayaan Kemudahan Mikro Kredit YaPEIM dengan sokongan Platform Komoditi di bawah Bursa Suq Al-Sila’. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast