Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Selepas empat jam Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd mengumumkan pemulihan air di kawasan Ampang, masih ada lapan kawasan yang masih mengalami gangguan air.

Setakat pukul 1 petang tadi, bekalan air di Kg Tasik Permai, Kg Ampang Indah, Kampung Ampang Campuran, Taman Fairuza Ampang, Tmn Permai Jaya Ampang, Kampung/Taman Tasek Tambahan, Taman Sri Bayu Ampang dan Tmn Sri Baru Ampang belum lagi pulih.

“Air Selangor sedang berusaha mempercepatkan proses pemulihan dengan meningkatkan tekanan dan menstabilkan aliran bekalan di sistem agihan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehingga jam 1 petang, pemulihan bekalan air di 57 kawasan Ampang yang terlibat telah mencapai tahap 87.5 peratus

Air Selangor memohon kerjasama daripada para pelanggan untuk menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan ini berjalan lancar bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas.

Lapang kawasan berkenaan mengalami gangguan bekalan air sejak empat hari lalu, pada awalnya berpunca paip pecah di Ukay Heights dan kemudian paip pecah di Rumah Pam Hulu Kelang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast