Pemanasan global menyebabkan bongkah-bongkah ais di Antartika cepat cair. foto Agensi

NE YORK – Benua Antartika dikesan merekodkan suhu tinggi 18.3 darjah Celsius.

Bacaan suhu itu diambil pada hari Khamis lalu oleh Esperanza pangkalan penyelidik Argentina.

Suhu itu adalah 0.8 darjah Celsius lebih panas berbanding suhu kemuncak sebelum ini iaitu 17.5 darjah Celsius pada Mac 2015 di Semenanjung Antartika – di hujung utara-barat benua – salah satu kawasan pemanasan terpantas di bumi.

Ia disahkan oleh Organisasi Meteorologi Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WMO).

“Ini bukan angka yang biasanya dikaitkan dengan Antartika, walaupun pada musim panas,” kata jurucakap WMO Clare Nullis kepada wartawan di Geneva.

Suhu di benua Antartika telah meningkat hampir 3C dalam 50 tahun yang lalu, kata organisasi itu dan kira-kira 87% daripada glasier di sepanjang pantai baratnya telah mula mengendap pada masa itu.

WMO berkata, glasier telah menunjukkan pertambahan endapan dalam tempoh 12 tahun disebabkan pemanasan global.

Para saintis memberi amaran bahawa pemanasan global boleh menyebabkan pencairan di Kutub Selatan, akhirnya akan menyebabkan paras laut global meningkat sekurang-kurangnya tiga meter (10 kaki) selama berabad-abad.

Nullis menambah: “Jumlah ais yang hilang setiap tahun daripada lembaran ais Antartik meningkat sekurang-kurangnya enam kali antara 1979 dan 2017.

“Anda tahu kecairan glasier bermakna kita berdepan masalah besar apabila paras air laut naik,” ujarnya.

Semasa 18.3 darjah Celsius merupakan rekod untuk benua Antartika, rekod di rantau Antartika yang lebih luas – yang merangkumi benua, pulau dan lautan yang berada di zon iklim Antartika – adalah 19.8C, direkodkan pada Januari 1982.

Julai lalu, rantau Artik mencatat suhu rekod tersendiri iaitu 21C, dicatatkan di pangkalan di hujung utara Pulau Ellesmere di Artik Kanada. – MalaysiaGazette